Pihak Great MALEK NOOR Consultancy mengucapkan selamat datang kepada semua ahli atau pelayar ke laman web rasmi kami ini. Singkatannya dikenali sebagai GMNC. Setialah melayari laman blog GMNC2U ini untuk mendapatkan segala info serta maklumat terkini tentang aktiviti serta program yang bakal dilaksanakan oleh GMNC sepanjang tahun. Semoga ianya akan memberi manfaat yang berganda kepada semua.
Great MALEK NOOR Consultancy ditubuhkan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada umum tentang pentingnya penjagaan diri dan kesihatan disamping mengejar kemewahan serta keselesaan hidup. Ini kerana ramai yang menganggap bahawa duit adalah matlamat terutama dan segala-galanya sehingga mengabaikan kesihatan dan penjagaan diri.
GMNC bermatlamat memberi kesedaran yang menyeluruh tentang penjagaan diri dan kesihatan dengan sentuhan emas dari Wira Bina Badan Negara yang tidak asing lagi iaitu Malek Noor sendiri. Dengan menyertai GMNC, semua akan mendapat sentuhan emas serta khidmat nasihat secara langsung dari Malek Noor sendiri yang telah diakui dan diiktiraf diperingkat antarabangsa.
01. Meningkatkan taraf hidup yang lebih cerdas dan sihat serta berkualiti.
02. Mendapatkan khidmat nasihat dari pakar dalam bidang tersebut.
03. Berkongsi pengalaman kejayaan dengan semua.
04. Meningkatkan taraf hidup yang lebih sihat dan berjaya.
Besarlah harapan kami agar usaha yang kecil dan sedikit ini dapat membantuk lebih ramai untuk berketrampilan serta berdaya saing di persada tanah air mahupun antarabangsa.
Sekian, Adios. Wassalam.
